Upah Buat Assignment Usmle

"Hi, kenapa dok termenung ni?"
"Mana tak termenung? Ni haa.. assignment multimedia ni tak siap lagi."
"A la, mudah saja tu. Saya dah pun siap," dia tersengih seronok.
"Yakah? Erm, tolonglah tunjukkan cara nak buat gambar ni berlapis-lapis seperti dalam buku. Saya dah cuba beberapa kali, masih tak jadi-jadi. Tensen giler ni. Tangan pun dah lenguh dok klik mouse berkali-kali."
"Err.. maaflah saya dah lupa. Cuba tanya orang lain la," dia berlalu dengan tergesa-gesa.
"Ishh, kenapa dengan dia tu? Kita minta tunjuk ajar sikit, dia dah lari. Teruklah.."
"Eleh, awak ingat dia tu pandai sangat ker? Kalau dia betul-betul pandai dan siapkan assignment ni sendiri, dah tentu dia tak lari setiap kali kita minta tolong dia. Kita tengah sibuk dengan assignment yang susah ni, dia masih boleh relak lagi. Tak pernah pun saya tengok dia pegang laptop untuk assignment multimedia ni.. dia guna pembantu laa."
"Maksud awak, bukan dia yang buat semua assignment tu?"
"Ya, saya dengar sendiri tau. Masa dalam makmal dulu, dia pernah telefon orang untuk minta tolong buat assignment. Dia tak tahu saya terdengar perbualan dia tu.. upah RM50."
"Wah, banyak kaya dia haa.. Satu assignment RM50, semester ni dah 4 assignment multimedia kita kena siapkan.. RM200? Patutlah masa exam dia tak tahu jawab soalan."
"Awak jangan beritahu orang lain pula hal ni.. tentang dia yang upah orang."
"Buat apa saya nak laporkan? Awak fikir pensyarah tak tahu siapa yang buat sendiri, siapa yang mengupah orang? Come-on la, pensyarah lebih bijak daripada kita; mereka cuma tak umumkan nama-nama mereka yang menipu saja. Bukankah pada awal semester kita sudah diberi amaran; siapa yang didapati menipu akan terus diberi F. Lagipun assignment kita tentu ada sedikit cacat cela, tak sempurna sebab kita baru belajar. Kalau 100% sempurna, sudah tentu bukan hasil sendiri."
"Sebenarnya bukan dia seorang yang mengupah orang."
"Saya tau. Jangan kita terikut-ikut dengan tindakan mereka yang tak jujur itu pula. "

Hmmm... ada tiga kategori pelajar.
Satu yang bertungkus-lumus menyiapkan kerja kursus atau kerja sekolah : dengan peluh keringat, dengan kurang tidur dan kurang rehat semata-mata untuk menyiapkan kerja yang perlu dihantar tepat pada waktunya. Kumpulan ini yang menjadi perhatian pendidik.
Satu lagi yang tunggu sehingga saat-saat terakhir, barulah kelam-kabut cari orang untuk minta tolong, untuk minta pinjam nota, dan sanggup ponteng kelas untuk siapkan kerja yang akan dibuat ala kadar 'janji siap, lulus'. Kemudian cuba merayu kepada cikgu atau professor untuk melanjutkan tempoh menyiapkan kerja kursus. Kumpulan ini dikategori sebagai pelajar bermasalah.
Kategori terakhir pula jenis yang happy-go-lucky. Tak pernah nampak dia di perpustakaan atau memegang buku namun semua kerja kursus dihantar pada tarikh yang sepatutnya. Bila ditanya bagaimana untuk membuat itu dan ini, dia akan menggaru-garu kepala dan cuba mengelak. Kategori inilah yang dibenci orang.

"Mengantuk la hari ni, semalam tidur lewat."
"Kenapa? Tak sihatkah Kak? Tidur pukul berapa semalam?"
"2 pagi."
"Eh, lewat benar. Sibuk sampai 2 pagi?"
" Dok buat assignment la."
" Assignment? Kak ambil Masters atau PhD?"
" Tak, ini assignment untuk nak pangkat. Kena tulis esei 20 mukasurat la. Tajuk pula canggih-canggih, susah benar untuk naik pangkat dan gaji sekarang ni. Dahlah kita tak duduk di pejabat seperti pegawai-pegawai kerajaan yang lain."
"Tak apalah, berbaloi juga kalau dapat naik pangkat, ya tak?"
"InsyaAllah, itu yang kita harapkan. Saya bukan pandai sangat mengarang ni, maklum sahaja saya orang Matematik. Lepas ni, kena pula minta tolong cikgu BM tolong edit pula."
"Oh, begitu."
"Tapi.. ada juga yang upah orang. Saya tak nak begitu, itulah yang meletihkan. Kita bersusah-payah, orang lain senang-lenang pun dapat naik pangkat."



"Upah orang? Maksud Kak, ada yang upah orang lain untuk menulis esei ni?"
"Dulu tak dengar pun, tetapi baru-baru ni ada yang sudah buka bisnes menulis esei untuk orang lain. Kawan saya sendiri yang mengaku; dia sama seperti saya, tak pandai mengarang jadi dia upah cikgu BM. Tahu-tahulah saja cikgu BM pandai mengarang, esei yang dihantar semua canggih-canggih dengan susunan ayat dan gaya bahasa yang cantik. Ada yang upah sampai RM500 satu esei."
"RM500? Wah, kalau tulis 2 esei, dah dapat RM1000. Kayalah."
" Nak naik pangkat, ada yang sanggup bayar. Upah RM500 sekali saja, bila naik pangkat, gaji yang bakal diterima itu pun lebih daripada RM500 setahun. Tak rugi."
"Betul tu, Kak. Tapi.. adakah gaji baru yang diterima itu sesuatu yang halal dari segi hukum? Maksud saya, kalau esei itu sepatutnya kita sendiri yang karang tetapi kita menipu dengan mengupah orang lain pula untuk buat bagi pihak kita.. adakah gaji yang diterima bila naik pangkat itu menjadi rezeki yang halal?"
"Susah nak jawab, Aliya.. sebab itulah saya sendiri bersekang mata menulis esei tu, walaupun susah tetapi rasa berbaloi pengorbanan saya ini jikalau berjaya mendapat kenaikan pangkat nanti."
"InsyaAllah, Kak. Allah SWT berkati usaha kita yang ikhlas."
"InsyaAllah, itulah yang kita harapkan. Rezeki halal dari sumber halal."
" Kak, dulu saya sangka kerja upah-mengupah ini berlaku di peringkat pengajian tinggi saja tetapi nampaknya juga menular ke peringkat kita, ya. Kita selalu nasihati pelajar kita untuk tidak menipu dalam peperiksaan tetapi ada juga di kalangan kita sendiri yang sanggup menipu semata-mata kerana mahu kenaikan pangkat dan gaji. Bagaimana dapat berdepan dengan para pelajar kalau sebagai pendidik, kita tidak membuat kerja kita dengan jujur?"

image: http://blogs.citypages.com/blotter/money%20in%20hand.jpg

Около часа, говоришь? - хмуро спросил.  - А что ты скажешь о проверках пределов памяти, которые мы выполняли. Сьюзан пожала плечами. - Ну, если вы имеете в виду и диагностику, то времени уходило. - Насколько .

0 Thoughts to “Upah Buat Assignment Usmle

Leave a comment

L'indirizzo email non verrà pubblicato. I campi obbligatori sono contrassegnati *